Working with HOMS Food Products Sdn Bhd and part time lecturer with UiTM Shah Alam in various subjects; Operations Management, Production Management, Banking Operations, Business, Islamic Banking, Islamic Finance, ....... PRACTITIONER THAT TEACH

Tuesday, February 1, 2011

Konferensi Akademik UiTM 2011 - Semua kuliah (MGT530 & MGT153) pada 10 hingga 12 Februari 2011 adalah ditangguhkan

Please take note:



Y.Bhg. Dato’/Datuk/Datin/Profesor/Tuan/Puan


KONFERENSI AKADEMIK UiTM 2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Bahagian Hal Ehwal Akademik akan menganjurkan Konferensi Akademik UiTM 2011 yang bertemakan MENJUARAI KECEMERLANGAN UNIVERSITI yang akan dianjurkan bersama Program Amanat Tahun Baru Naib Canselor UiTM 2011. Butiran konferensi ini adalah seperti berikut:

Tarikh : 10 hingga 12 Februari 2011

Tempat : Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC)
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam

3. Semua staf akademik dan pentadbiran (Gred N27 ke atas) di kampus Shah Alam, kampus Puncak Alam dan kampus Puncak Perdana diwajibkan menghadiri Konferensi Akademik tersebut.  Oleh itu, semua kuliah pada 10 hingga 12 Februari 2011 adalah ditangguhkan bagi memastikan semua yang terlibat dapat memberi komitmen sepenuhnya.
4. Surat jemputan rasmi akan menyusul kemudian.  Disertakan juga aturcara program untuk makluman Y.Bhg. Dato’/Datuk/Datin/Profesor/Tuan/Puan selanjutnya.
Sekian, harap maklum.

(See attached file: Aturcara Program - as at 250111.docx)
    Prof Dr Azni Zain Ahmed Deputy Vice Chancellor (Academic & International) Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam MALAYSIA Tel : 603 5544 2233 Fax: 603 5544 3210

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews